
Dapatkan Testi-Testi Menarik di Sinia
Lelaki ini...

Pertama kita bersua, hati yang masih jahil berbisik,
Mengutuskan kau bukan pilihanku, Kau terlalu membosankan,
Aku memandangmu, dan pandanganku kesasar,
Kulihatmu seorang lelaki muda yang warak',
Kau baik namun kau pasti membosankan.
Kedua kali kita dipertemukan, hati yang mulai mengenal cahaya hidayah ketika itu,
Mulai tertarik pada cara kau membawa diri, menjunjung agamamu di atas kepala walau di negara asing,
Aku memandangmu, ada sesuatu di dalam dirimu yang aku kekurangan,
Kulihatmu seorang lelaki muda yang warak',
Kau pasti seorang yang baik, lebih baik dari ramai orang.
Kali ketiga kita dipertemukan, Disatu majlis ilmu hatiku ketika itu semakin mengenal Rabb.
Aku kagum bila diperlihatkan banyaknya ilmu agama yang kau ketahui, semangatmu yang bekobar,
Hatiku tersentuh, tak ramai lelaki muda sepertimu,
Kulihatmu kini bukan sekadar seorang yang warak', kau seorang lelaki idaman,
Sungguh kau pasti yang terbaik diantara yang terbaik,
Dalam diam malam aku berdoa, semoga kita dipertemukan lagi,
Semoga Allah menjodohkan kita, Kerana aku mungkin takkan ketemu lelaki sebaikmu lagi,
Dan mungkin tak ramai yang mengerti, erti mencintai kerana Allah,
Aku mencari yang benar mengerti, dan yang ingin menuju syurgawi,
Kerana kau seorang lelaki yang warak', ciri itu yang aku cari sebagai seorang pendamping hidup.
Itulah yang ku cari selama ini....
Lelaki idaman wanita..

Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.
Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.
Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’
Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia."
Tip-tip untuk memikat Si Dia.....
Cubalah baca…apakah benar apa yang Q katakan ini?? Wahai kaum hawa…cubalah kalian berikan komen/pendapat kalian pula…(komen jangan x komen)
So, inilah 4 tips mudah yang sempat saya catatkan.
(1) jadi lah diri sendiri….
toksah tiru orang lain….you have to be yourself….
ingat, diri kita ni speacial dan unik…cuba kenali kekuatan diri…
dan mesti yakin pada diri sendiri…
kalau lelaki tu lembik dan tak boleh harap, pompuan mana nak terpikat…
pendek cerita….kita kena jadi lelaki yang sentiasa cool & macho gitu…
(2) kena jaga kebersihan diri…
saya pernah tanya beberapa pompuan yang saya kenali…” apa ciri yang diorang tengok pada seorang lelaki?” dia jawab….katanya, dia suka lelaki yang bersih dan wangi…
- gigi kena gosok selalu…pastikan jangan ada saki baki makanan yang terlekat celah gigi. pastikan gigi tidak kuning…
- pastikan anda berbau wangi….sembur lah perfume ker apa2 yg patut…pastikan mulut tidak berbau…pastikan ketiak tidak berbau busuk.
- kuku kena potong kasi pendek…jangan ada kuku yang hitam…pompuan akan geli tengok kuku lelaki hitam semacam jer…
- kalau ada misai ker jangggut ke…kena trim selalu…kasi jangan berserabut….
- pakaian jangan serabai…kena la kemas sikit….kalau pakai kemeja tu, pastikan kemeja tu bergosok…jangan la kemeja yang baru keluar washing machine berkedut2 tu main bedal jer pakai….so, nampak sangat la awak tu pemalas…
- kalau boleh, toksah la merokok…ramai pompuan yang saya kenal, diorang tak suka lelaki perokok….mulut bau busuk dan bibir jadi hitam semacam…“eeeiii geli i…tak selera nak cium….” itu antara komen2 mereka pada orang yang merokok….jadi, cubalah berhenti merokok…kalau anda degil nak jadi perokok gak, kalau boleh toksahlah merokok depan mereka…at least tunjukkanlah bahawa anda tetap respect diorang dengan tidak merokok depan diorang…
(3) kena la senyum selalu….
senyum la dengan ikhlas….orang yang tak hensem pun,
kalau selalu senyum….muka jadi manis….orang suka tengok….banyak kebaikannya
kalau kita suka senyum ni….so, senyumlah selalu.
(4) jangan desprate sangat….
sungguhpun kita suka giler kat seseorang pompuan tu…
jangan la tunjuk kita ni desperate sangat….kontrol la sikit perasaan…kita kan lelaki…
jangan paksa pompuan tu terima kita….yang penting, bagi pompuan tu rasa selesa
dan ‘tak lemas’ bila bersama kita….baru la dia rasa seronok dan nak rapat dengan kita.
ada banyak lagi tips sebenarnya…tapi saya rasa cukuplah 4 tips tu dulu untuk dipraktikkan….
apa2pun….good luck to you….and all the best!!!!!
so, what do you say? ada saper2 nak tambah beri tips pada kawan kita yang bertanya tu?? Silakan tinggalkan komen yer…
Penyakit Hati...
Bulan Syaaban bulan yang mulia di sisi Allah swt.
Ramadhan Tetamu Mulia..........
Tentang Q...
Kelahiran ku...
Q dilahirkan pada tarikh 21 Jun 1990.Sebelum Q dilahirkan, Q sempat tinggal dalam perut Ibu Q selama 8 bulan(rasenye).Selepas dilahirkan pada tarikh tersebut, Q merasa hairan kerana melihat terlalu banyak benda yang pelik.Maklumlah, baru je lahir...(mengarut).Q dilahirkan di tempat yang jauh daripada tempat Q dibesarkan.Pelik tak???hehe...Q dilahirkan di Madinah, Nasr Cairo,Egypt dan di besarkan di tempat kelahiran Haji Abd. Rahman Limbong(sape ntah).Q duk kat Mesir hanya 1 tahun je.So, x dapatlah kecek Arab dengan lancar.Kemudian, Zakba(Zakaria Bin Ahmad) dan Nuranisah Binti Ibrahim menamakan Q sebagai Qatadah Bin Zakaria.Pelikkan nama tu...Tapi, Q bersyukur dengan kurniaan nama para sahabat Nabi tu...Alhamdulillah..
Pendidikan ku...(+pengalaman)
Pendidikan terawal adalah di Taska Darul Iman pada tahun 1995 dan setelah berjaya dengan jayanya dalam peperiksaan di taska tersebut, Q telah melayakkan diri Q ke Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 1 yang terletak di hadapan SHAMS pada tahun 1997.Selepas 6 tahun bersekolah kat sane dan ber"graduate" 3A 2B(koman je), Q dapat tawaran ke SMKA Durian Guling kat Marang.Huih!!sekolah agama tu...Kat sini la, macam2 kerenah yang Q buat kat skol tu.Antaranya, bercintakan seekor monyet(cinta monyet) dan mula menceburkan diri ke arah kejahilan...contohnya,buat date, masuk group HipHop dan lain2 lagi...ish3...jahat betul...tapi, dengan result 5A 4B dan 1C dalam PMR, Q mula berfikir cara untuk menjadikan diri ini menjadi seorang yang berintegriti. Akhirnya, ummi dan abah memilih SMA(Atas) Sultan Zainal Abidin(kat Batu Burok) sebagai destinasi Q untuk mengintegritikan diri ini dan Alhamdulillah...selepas 3 tahun bersekolah di situ, Q dapat merasai perubahan diri Q.Antaranya, buat baik dengan kucing,menjadi seorang yang penyabar bila diminta untuk bersih bilik dan lain2 lagi(mengarut).Lupe nak bagitau,SPM Q dapat:-
A1=4(BM,MT,SN,PQS)
A2=0
B3=4(PSI,SJ,EKO,PA)
B4=1(BAT)
C5=0
C6=1(EN) dan seterusnya.....
Lepas tu, STAM(SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA) plak..ringkasannya, Q dapat pangkat Jayyed Jiddan(pangkat2).Bangga la jugak..
Dengan keputusan STAM tu, Q ditawarkan mengikuti Program Ijazah Muda Pengajian Quran Dan Multimedia dengan kepujian dibawah Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah kat USIM(Universiti Sains Islam Malaysia) dan sekarang tengah bertungkus lumus menyesuaikan diri dengan fenomena yang berlaku..(cultural shock!!!!)Untuk gambaran yang lebih jelas,tengok carta dibawah...
Pengalaman semasa hidup...
Sweet Memories>berjalan dengan selipar baru(mase raye 1998)
>di tuduh oleh seorang gadis sebagai lelaki kacak mase form 2..(don't jealous)
>dapat autograph Ustaz Nazrey Raihan.
>di lema seorang wanita yang perfect bagi Q(mase form4 sehinggalah sekarang)akan diceritakan.(Bersambung....)
Nasib Palestin Yang Dirindui...
Kekejaman puak zionis terhadap masyarakat Islam Palestin tidak pernah reda.
Dalam kes terbaru, Israel melancarkan serangan roket yang mengorbankan
sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak berusia
sebulan. Biarpun, dari segi geografinya kita dan Palestin agak jauh namun
sebagai saudara seIslam, kita sewajarnya turut mengambil berat serta
membantu mereka.
Ini sebagaimana firman Allah: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah
bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu dan bertakwalah
kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat“. (al-Hujurat: 10)
Kepada wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HAYAT SUEET, Pengarah
Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor
membincangkan isu ini.
Apakah keadaan terkini umat Islam di Palestin?
DR. HAFIDZI: Sebenarnya situasi di Gaza tidak banyak berubah dalam tempoh satu dua bulan ini. Malah, ia semakin gawat sebenarnya. Cuma kalau kita mahu gambaran sebenar kita tidak boleh bergantung kepada
media antarabangsa Barat. Sebabnya mereka lebih diselubungi isu lain terutama pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS).
Di Malaysia pula, kita juga lebih tertumpu kepada kempen Pilihan Raya Umum ke-12. Saya ada mendapat maklumat terkini daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Azzaituna Institute yang beribu pejabat di Beirut. Pertubuhan ini
menangani isu Palestin dan juga nasib pelarian. Daripada mereka gambaran di Palestin adalah seperti berikut:
Tiada lagi transaksi masuk atau keluar bekalan makanan, kecuali yang sangat asas dan itu pun sangat minimum dan sebahagian besarnya adalah melalui agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Sebagai gambaran, suri rumah di
Semenanjung Gaza hanya membelanjakan 10 peratus daripada perbelanjaan mereka
sebelum ini. Contohnya, kalau sebelum ini suri rumah membelanjakan RM100
seminggu, kini mereka hanya belanja RM10 seminggu.
Israel juga menyekat bekalan klorin yang mana sebelum ini sudah pun berhadapan dengan krisis air. Klorin ini digunakan untuk merawat air minuman kerana ia membunuh bakteria. Apabila Israel sebelum ini menyekat bekalan minyak, telaga-telaga air di Palestin sudah tidak boleh digunakan kerana telaga ini menggunakan pam yang memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi. Dilaporkan kira-kira satu pertiga (1/3) daripada pam tidak berfungsi bermakna 1/3 daripada penduduk Palestin tidak dapat bekalan air bersih.
Dari segi kesihatan, setakat Januari lalu 75 pesakit mati akibat peralatan hospital tidak berfungsi. Alat-alat seperti bantuan pernafasan, mesin hemodialisis dan inkubator semuanya tidak berfungsi kerana ketiadaan bekalan
elektrik.
Penduduk Gaza juga berhadapan dengan serangan roket Israel setiap hari. Disebabkan peralatan hospital banyak yang tidak berfungsi, sudah tentulah mereka yang cedera tidak akan dapat rawatan yang sewajarnya.
Bilangan pengangguran di Palestin kini mencecah 50 peratus setakat Januari lalu. Sebabnya kilang-kilang perusahaan tidak dapat beroperasi. Apabila tidak bekerja, maka sudah tentu tidak dapat menyediakan keperluan asas keluarga.
Situasi ini diburukkan lagi apabila pada 20 Januari lalu, Israel menyekat bekalan minyak. Natijahnya, hampir seluruh Gaza bergelap. Stesen janakuasasedia ada hanya mampu bekalkan elektrik ke 1/3 kawasan Gaza. Selebihnya dibekalkan oleh Israel sebelum ini.
Melihatkan kepada perbuatan zalim dan ganas Israel seolah-olah tiada
berakhirnya penderitaan rakyat Palestin. Jadi apakah penyelesaian dalam hal
ini?
DR. HAFIDZI: Kita perlu kembali kepada asas isu. Siapakah yang menceroboh,
lakukan penjajahan dan melanggar hak asasi manusia. Jawapannya, tidak syak
lagi yang berada di pihak yang salah ialah Israel.
Jadi, kalau nak selesai Israel kena berundur dari wilayah yang ditaklukinya
iaitu Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitul Maqdis Timur. Memang ini pun
Resolusi 242 yang dibuat di PBB pada 1967.
Pada tahun 2005, Israel berundur dari Gaza dan memindahkan semua pendatang
haram Israel. Namun, pada masa yang sama, rejim zionis itu melakukan sekatan
udara, laut dan darat. Dengan kata lain, Gaza masih terus terjajah.
Apabila isu ini tidak mendapat pembelaan masyarakat antarabangsa, sudah
tentulah rakyat Palestin perlu membela diri sendiri. Ini adalah tindakan
semula jadi manusia.
Para pejuang Palestin menyerang sebab mahu mempertahankan diri dan
melepaskan daripada kepungan.
Bagaimanapun, media antarabangsa Barat pula sering melabelkan serangan itu
sebagai kumpulan pengganas. Apakah kesannya dalam jangka panjang?
DR. HAFIDZI: Kadang-kadang media Barat dan masyarakat antarabangsa tidak
adil menilai situasi di Gaza. Mereka lebih banyak menguar-uarkan serangan
oleh pejuang Palestin tetapi tidak kaitkan langsung serangan Israel ke atas
penduduk Palestin.
Apalah sangat kesan serangan pejuang Palestin yang hanya guna roket buatan
sendiri berbanding Israel yang menggunakan segala kekuatan tentera baik
kereta kebal, serangan udara dan juga meriam.
Roket pejuang Palestin ini jarang mengenai sasaran dan boleh dibilang rakyat
Israel yang cedera atau terkorban disebabkannya. Dalam tempoh dua tahun ini,
tidak sampai 10 rakyat Israel yang terbunuh.
Walhal setiap kali serangan Israel membunuh 10 ke 20 penduduk Palestin.
Malah, kanak-kanak kecil dan wanita kerap menjadi mangsa kekejaman zionis.
Apa pula tindakan negara-negara Arab dalam hal ini?
DR. HAFIDZI: Saya suka membahagikan isu ini kepada dua iaitu pemimpin Arab
dan masyarakat Arab.
Rakyat Arab memang amat prihatin terhadap apa yang berlaku di Gaza. Antara
sebab ia masih bertahan sehingga kini ialah bantuan daripada masyarakat Arab
dan saudara yang berdekatan.
Sebagai contoh, apabila Israel menyekat bekalan ubat-ubatan, Persatuan
Doktor di Mesir mengumpulkan 5 juta pound membeli bekalan ubat-ubatan untuk
dihantar ke Gaza.
Pergerakan Ikhwan Muslimin pula bersetuju mengetepikan 25 peratus pendapatan
mereka untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.
Cuma masalahnya ialah para pemimpin Arab. Untuk menyelesaikan isu serantau
begini ia perlukan campur tangan rasmi kerajaan. Dan di sinilah para
pemimpin Arab gagal.
Sebabnya, pemimpin yang ada itu tunduk kepada kehendak dasar luar AS atas
kepentingan peribadi atau politik. Negara-negara Arab kini setidak-tidaknya
sudah ada hubungan dagang dengan Israel menyebabkan mereka tidak bersungguh
dalam isu Palestin.
Mereka lebih pentingkan hubungan dagang itu dan bimbang jika cuba ‘khianati’
syarat damai sebelum ini, mereka mungkin dikenakan tindakan oleh AS.
Contohnya, apabila Tembok Rafah diletupkan oleh rakyat Palestin untuk
mendapatkan bekalan makanan di Mesir, ia ditutup semula atas desakan Israel.
Alasan Israel, supaya Palestin tidak diceroboh oleh kumpulan pengganas.
Kerajaan Mesir nampaknya tunduk kepada Israel mengatasi tanggungjawabnya
kepada penduduk Gaza.
Apakah nasib perjanjian damai yang kononnya mahu dimuktamadkan sebelum
Presiden Bush tamatkan penggalnya tahun 2009?
DR. HAFIDZI: Memang Bush sudah beberapa kali cuba mencari jalan damai dalam
isu ini. Bukan beliau sahaja, malah ia dilakukan oleh semua presiden AS
sebelum ini. Mereka cuba mencipta nama dengan wujudkan usaha damai di Asia
Barat tetapi semuanya gagal.
Sebab utama kegagalan ialah Israel sendiri yang tidak bersungguh-sungguh
sejak tahun 1948 lagi. Hamas yang muncul pada 1987 hanya dijadikan alasan
untuk tidak mahu berdamai. Apa yang mereka mahukan ialah penjajahan yang
berkekalan.
Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia dalam isu ini?
DR. HAFIDZI: Kita berada dalam kedudukan yang baik untuk membantu sebagai
Pengerusi Persidangan Negara-negara Islam (OIC).
Sewajarnya, usaha menjuarai isu ini di peringkat antarabangsa sehingga ke
PBB dilakukan. Ruang ini belum kita terokai dengan baik.
Kita masih ada ruang menghulurkan pelbagai bantuan. Beberapa NGO seperti
Aman Palestin, Jamaah Islah Malaysia dan PACE adalah antara yang aktif
menggerakkan kesedaran masyarakat dalam isu ini.
Media juga diharap membantu mengetengahkan isu ini untuk elak rakyat
beranggapan isu ini dah reda. Hakikatnya, keadaan makin tenat.
Kita sememangnya telah, sedang dan akan bantu Palestin. Yang penting jangan
putus asa.
Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w, Seorang Muslim itu adalah
bersaudara dengan muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayanya dan tidak
boleh menyerahkannya (kepada musuhnya). (Muttafak alaihi)
Sumber: Utusan Malaysia 7/3/2008








