Ramadhan Tetamu Mulia..........


JIKA seorang teman yang anda kasihi dan menghubungi anda menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda?Tentunya anda gembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut.Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman lakukan?Jika demikian, bagaimana pula jika yang akan datang menjenguk anda bukan sahaja dikasihi oleh diri sendiri, bahkan ia dikasihi oleh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan sekelian orang yang beriman?Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan daripada Allah. Ia adalah bulan Ramadan yang mulia, bulan berpuasa dan bertilawah al-Quran, bulan tahajud dan qiamullail, bulan kesabaran dan ketakwaan, bulan keampunan dan kebebasan daripada api neraka.Padanya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan.Itulah sifatnya tetamu mulia ini, kerana itu amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya, menyambutnya dengan cara terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah daripada kunjungannya dan apabila ia pulang, jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah.Oleh kerana itulah para ulama terdahulu menghargai tetamu ini dan diceritakan bahawa mereka memohon Allah melanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadan sepanjang enam bulan sebelumnya, apabila ia berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdoa agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadan sepanjang beberapa bulan selepas itu.Malangnya, sebahagian umat Islam menyambutnya dengan pelbagai kegiatan yang menyalahi hukum Allah SWT. Ada yang menyambutnya dengan berpesta, nyanyian, tarian dan muzik.Sebahagian lagi menyediakan filem-filem yang menyeronokkan sepanjang malam bulan Ramadan yang dipenuhi dengan adegan yang memenuhi tuntutan nafsu.Ramai yang menyambutnya dengan mengunjungi pasar-pasar, berasak-asak dengan orang ramai untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman; seolah-olah bulan tersebut adalah bulan makan-minum, tidur pada waktu siang, berjaga pada malamnya dengan aneka hiburan.Cara yang dianjurkan oleh Islam secara ringkas adalah sebagaimana berikut:1. Berdoa semoga Allah melanjutkan usia kita dan dapat menyambut bulan Ramadan sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolongan-agar dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya.2. Membersih diri dan bersuci, iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat daripada segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu. Taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa. Bahkan ia memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah s.w.t.3. Menyediakan diri bagi menyambut kedatangan Ramadan dengan menunaikan ibadat puasa sunat pada bulan Syaaban serta amalan kebaikan lain. Ia merupakan bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah s.w.t.4. Antara perkara terpenting ialah mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunah Nabi SAW serta hukum hakam puasa sebelum menghampiri bulan tersebut.5. Agenda seterusnya ialah menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan program yang memenuhi waktu yang amat berharga bagi diri kita, keluarga, rakan-rakan dengan membaca al-Quran, tadarus, qiamullail, menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka, mengerjakan umrah, iktikaf, bersedekah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, dan seterusnya.Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu namanya ‘al-Rayyan’. Orang yang berpuasa masuk syurga melalui pintu itu. Orang lain tidak akan memasukinya. (riwayat Bukhari)Sebagai penutup bicara, marilah sama-sama kita hayati kata-kata ini:“Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa pada bulan Rejab, sehingga menderhakai Tuhannya pada bulan Syaaban, telah datang kepadamu bulan puasa selepas kedua-duanya.Janganlah jadikannya juga bulan kemaksiatan, kerana ia adalah bulan al-Quran dan bulan tasbih.“Berapa ramai orang-orang terdahulu yang kamu kenal telah berpuasa di antara jiran tetangga dan sahabat handai?“Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup. Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal.Ya Allah, sampaikan kami kepada bulan Ramadan, supaya kami dapat menunaikan ibadah puasa dan amalan soleh. Tetapkan pendirian kami di dalam ketaatan kepada-Mu sehingga kami menemui-Mu. Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Menyahut doa-doa kami”.

Tentang Q...

Kelahiran ku...

Q dilahirkan pada tarikh 21 Jun 1990.Sebelum Q dilahirkan, Q sempat tinggal dalam perut Ibu Q selama 8 bulan(rasenye).Selepas dilahirkan pada tarikh tersebut, Q merasa hairan kerana melihat terlalu banyak benda yang pelik.Maklumlah, baru je lahir...(mengarut).Q dilahirkan di tempat yang jauh daripada tempat Q dibesarkan.Pelik tak???hehe...Q dilahirkan di Madinah, Nasr Cairo,Egypt dan di besarkan di tempat kelahiran Haji Abd. Rahman Limbong(sape ntah).Q duk kat Mesir hanya 1 tahun je.So, x dapatlah kecek Arab dengan lancar.Kemudian, Zakba(Zakaria Bin Ahmad) dan Nuranisah Binti Ibrahim menamakan Q sebagai Qatadah Bin Zakaria.Pelikkan nama tu...Tapi, Q bersyukur dengan kurniaan nama para sahabat Nabi tu...Alhamdulillah..

Pendidikan ku...(+pengalaman)

Pendidikan terawal adalah di Taska Darul Iman pada tahun 1995 dan setelah berjaya dengan jayanya dalam peperiksaan di taska tersebut, Q telah melayakkan diri Q ke Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 1 yang terletak di hadapan SHAMS pada tahun 1997.Selepas 6 tahun bersekolah kat sane dan ber"graduate" 3A 2B(koman je), Q dapat tawaran ke SMKA Durian Guling kat Marang.Huih!!sekolah agama tu...Kat sini la, macam2 kerenah yang Q buat kat skol tu.Antaranya, bercintakan seekor monyet(cinta monyet) dan mula menceburkan diri ke arah kejahilan...contohnya,buat date, masuk group HipHop dan lain2 lagi...ish3...jahat betul...tapi, dengan result 5A 4B dan 1C dalam PMR, Q mula berfikir cara untuk menjadikan diri ini menjadi seorang yang berintegriti. Akhirnya, ummi dan abah memilih SMA(Atas) Sultan Zainal Abidin(kat Batu Burok) sebagai destinasi Q untuk mengintegritikan diri ini dan Alhamdulillah...selepas 3 tahun bersekolah di situ, Q dapat merasai perubahan diri Q.Antaranya, buat baik dengan kucing,menjadi seorang yang penyabar bila diminta untuk bersih bilik dan lain2 lagi(mengarut).Lupe nak bagitau,SPM Q dapat:-



A1=4(BM,MT,SN,PQS)

A2=0

B3=4(PSI,SJ,EKO,PA)

B4=1(BAT)

C5=0

C6=1(EN) dan seterusnya.....



Lepas tu, STAM(SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA) plak..ringkasannya, Q dapat pangkat Jayyed Jiddan(pangkat2).Bangga la jugak..

Dengan keputusan STAM tu, Q ditawarkan mengikuti Program Ijazah Muda Pengajian Quran Dan Multimedia dengan kepujian dibawah Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah kat USIM(Universiti Sains Islam Malaysia) dan sekarang tengah bertungkus lumus menyesuaikan diri dengan fenomena yang berlaku..(cultural shock!!!!)Untuk gambaran yang lebih jelas,tengok carta dibawah...




Pengalaman semasa hidup...



Sweet Memories>berjalan dengan selipar baru(mase raye 1998)

>di tuduh oleh seorang gadis sebagai lelaki kacak mase form 2..(don't jealous)

>dapat autograph Ustaz Nazrey Raihan.

>di lema seorang wanita yang perfect bagi Q(mase form4 sehinggalah sekarang)akan diceritakan.(Bersambung....)


Assalamualaikum Wa Rahmatullah...

Alhamdulillah, syukur di atas limpahan ke atas diriku ini yang asyik dikurniakan dengan kesihatan jasmani dan rohani yang baik.Terlalu banyak nikmat yang Q dapat daripada Robbi,namun kesyukuranku amatlah sedikit.Berbekalkan kesihatan yang baik inilah,Q masih bernafas di alam yang sementara ini.Q ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan sahabat2 sekalian dalam membantu Q men"complete"kan blog ini.(muqaddimah???)

Tujuan Q menciptakan blog ini hanyalah untuk menceritakan pengalaman yang terjadi sepanjang hidup Q ini.Takde nak citer gape2 pun.Apapun, terima kasih kerana men"view" blog yang tak seberape ini.Diharap, kehadiran anda dalam blog ini dapat menceriakan lagi blog ini.(mengarut betul)...ahaks..Syukran..
*Q>short name 4 Qatadah..

isLamiCarMy Search...

About this blog

Sebuah blog yang menceritakan suka duka yang dilalui seorang pejuang(the ethereal army) dalam melaksanakan misinya sebagai seorang khalifah di muka bumi ini...

About isLamiCarMy...

My photo
Dilahirkan untuk menghancurkannya...

isLamiCarMy Followers...

Powered By Blogger