Lelaki ini...



Pertama kita bersua, hati yang masih jahil berbisik,
Mengutuskan kau bukan pilihanku, Kau terlalu membosankan,
Aku memandangmu, dan pandanganku kesasar,
Kulihatmu seorang lelaki muda yang warak',
Kau baik namun kau pasti membosankan.

Kedua kali kita dipertemukan, hati yang mulai mengenal cahaya hidayah ketika itu,
Mulai tertarik pada cara kau membawa diri, menjunjung agamamu di atas kepala walau di negara asing,
Aku memandangmu, ada sesuatu di dalam dirimu yang aku kekurangan,
Kulihatmu seorang lelaki muda yang warak',
Kau pasti seorang yang baik, lebih baik dari ramai orang.

Kali ketiga kita dipertemukan, Disatu majlis ilmu hatiku ketika itu semakin mengenal Rabb.
Aku kagum bila diperlihatkan banyaknya ilmu agama yang kau ketahui, semangatmu yang bekobar,
Hatiku tersentuh, tak ramai lelaki muda sepertimu,
Kulihatmu kini bukan sekadar seorang yang warak', kau seorang lelaki idaman,
Sungguh kau pasti yang terbaik diantara yang terbaik,

Dalam diam malam aku berdoa, semoga kita dipertemukan lagi,
Semoga Allah menjodohkan kita, Kerana aku mungkin takkan ketemu lelaki sebaikmu lagi,
Dan mungkin tak ramai yang mengerti, erti mencintai kerana Allah,
Aku mencari yang benar mengerti, dan yang ingin menuju syurgawi,
Kerana kau seorang lelaki yang warak', ciri itu yang aku cari sebagai seorang pendamping hidup.
Itulah yang ku cari selama ini....

Lelaki idaman wanita..


Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? Atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Akhawatku,
Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.

Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’

Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia."

Tip-tip untuk memikat Si Dia.....


Cubalah baca…apakah benar apa yang Q katakan ini?? Wahai kaum hawa…cubalah kalian berikan komen/pendapat kalian pula…(komen jangan x komen)

So, inilah 4 tips mudah yang sempat saya catatkan.

(1) jadi lah diri sendiri….
toksah tiru orang lain….you have to be yourself….
ingat, diri kita ni speacial dan unik…cuba kenali kekuatan diri…
dan mesti yakin pada diri sendiri…
kalau lelaki tu lembik dan tak boleh harap, pompuan mana nak terpikat…
pendek cerita….kita kena jadi lelaki yang sentiasa cool & macho gitu…

(2) kena jaga kebersihan diri…
saya pernah tanya beberapa pompuan yang saya kenali…” apa ciri yang diorang tengok pada seorang lelaki?” dia jawab….katanya, dia suka lelaki yang bersih dan wangi…

  • gigi kena gosok selalu…pastikan jangan ada saki baki makanan yang terlekat celah gigi. pastikan gigi tidak kuning…
  • pastikan anda berbau wangi….sembur lah perfume ker apa2 yg patut…pastikan mulut tidak berbau…pastikan ketiak tidak berbau busuk.
  • kuku kena potong kasi pendek…jangan ada kuku yang hitam…pompuan akan geli tengok kuku lelaki hitam semacam jer…
  • kalau ada misai ker jangggut ke…kena trim selalu…kasi jangan berserabut….
  • pakaian jangan serabai…kena la kemas sikit….kalau pakai kemeja tu, pastikan kemeja tu bergosok…jangan la kemeja yang baru keluar washing machine berkedut2 tu main bedal jer pakai….so, nampak sangat la awak tu pemalas…
  • kalau boleh, toksah la merokok…ramai pompuan yang saya kenal, diorang tak suka lelaki perokok….mulut bau busuk dan bibir jadi hitam semacam…“eeeiii geli i…tak selera nak cium….” itu antara komen2 mereka pada orang yang merokok….jadi, cubalah berhenti merokok…kalau anda degil nak jadi perokok gak, kalau boleh toksahlah merokok depan mereka…at least tunjukkanlah bahawa anda tetap respect diorang dengan tidak merokok depan diorang…

(3) kena la senyum selalu….
senyum la dengan ikhlas….orang yang tak hensem pun,
kalau selalu senyum….muka jadi manis….orang suka tengok….banyak kebaikannya
kalau kita suka senyum ni….so, senyumlah selalu.

(4) jangan desprate sangat….
sungguhpun kita suka giler kat seseorang pompuan tu…
jangan la tunjuk kita ni desperate sangat….kontrol la sikit perasaan…kita kan lelaki…
jangan paksa pompuan tu terima kita….yang penting, bagi pompuan tu rasa selesa
dan ‘tak lemas’ bila bersama kita….baru la dia rasa seronok dan nak rapat dengan kita.

ada banyak lagi tips sebenarnya…tapi saya rasa cukuplah 4 tips tu dulu untuk dipraktikkan….

apa2pun….good luck to you….and all the best!!!!!

so, what do you say? ada saper2 nak tambah beri tips pada kawan kita yang bertanya tu?? Silakan tinggalkan komen yer… :)

isLamiCarMy Search...

About this blog

Sebuah blog yang menceritakan suka duka yang dilalui seorang pejuang(the ethereal army) dalam melaksanakan misinya sebagai seorang khalifah di muka bumi ini...

About isLamiCarMy...

My photo
Dilahirkan untuk menghancurkannya...

isLamiCarMy Followers...

Powered By Blogger