Penyakit Hati...


Dinihari ramai yang kalah dalam menangkis arus cabaran hidup..baik yang jahil mahupun yang berilmu.Adakala yang berilmu sombong dengan ilmu yang sedikit Allah berikan padanya..tidak lupa juga si jahil yang sombong untuk menuntut ilmu mengangap dirinya banyak ilmu.Mereka inilah yang sebenarnya yang merosakkan ummat ini.Kadangkala diriku berfikir sejenak mengenangkan perihal ummat sekarang ini.Mereka sibuk untuk mengubati penyakit-penyakit zahir mereka walaupun dihabiskan berjuta-juta untuknya tanpa membicarakan sedikit pun untuk membasmi penyakit hati yang melanda dalam diri..disini saya menyenaraikan antara penyakit-penyakit yang sering melanda diri orang yang berilmu..marilah sama-sama kita hindarinya.• Enggan menuntut ilmu sesudah menuntut ilmu.• Merasakan diri ini mempunyai banyak ilmu.• Selalu bercakap dengan manusia menggunakan bahasa yanag tinggi.• Kurang menjaga adab-adab ilmu.• Menuntut ilmu demi kepentingan diri.• Menolak kepelbagaian ilmu samada ilmu dunia /ilmu akhirat.• Malas berjuang dan berdakwah.• Tidak menghormati pendapat orang lain.• Tiada ukhuwwah yang mantap & selalu bersengketa dalam diam.• Sombong untuk bertanya,meminta maklumat dan pendapat dari orang lain.

Bulan Syaaban bulan yang mulia di sisi Allah swt.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...Bulan Syaaban adalah antara bulan yang mulia di sisi Allah swt.• Ia adalah bulan yang membawa keberkatan.• nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya.• Baginda Rasulullah saw banyak berpuasa sunat dalam bulan yang mulia ini.• Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda. Ini kerana Nabi kita Muhammad saw meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah swt pada bulan yang agung ini.Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Nasaei dari Usamah bin Zaid ra berkata:”Aku bertanya Rasulullah tentang bulan Syaaban kerana aku tidak pernah lihat baginda banyak berpuasa sunat sebagaimana beliau berpuasa dalam bulan Syaaban.Baginda menjawab: ”Bulan yang banyak manusia lalai dan padanya ialah bulan di antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan Syaaban akan diangkatkan catatan amalan hamba kepada Allah swt. Dengan itu aku amatlah suka supaya diangkatkan amalanku ketika aku berpuasa.”Sebenarnya amal ibadat hamba diangkat oleh malaikat tiap-tiap hari manakala amal ibadat bulan Syaaban ini bolehlah dikatakan laporan tahunan bagi amalan hamba.Hadis ini menunjukkan bahawa ramai yang lalai dalam bulan Syaaban ini. Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat seperti mana mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa beribadat kepada Allah swt pada bulan Ramadan. Ini kerana adat Jahiliyah dahulu orang Mekah lebih mengutamakan dan memuliakan bulan Rejab dan melupakan bulan Syaaban.Di antara hikmah digalakkan banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban ialah kerana selepasnya dituruti oleh bulan Ramadan yang diwajibkan berpuasa keseluruhannya. Dengan itu puasa pada bulan Syaaban merupakan perintis dan latihan untuk membiasakan diri bagi menunaikan kewajipan puasa Ramadan sepenuhnya.Bagi mereka yang sudah biasa berpuasa sudah tentu kuranglah rasa penat dan tidak terkejut untuk berpuasa dalam Ramadan nanti.Sebuah hadis lagi yang memberi perangsang kepada kita umat Islam supaya mengikut sunah Rasulullah saw.1. Dari Ummu Salamah meriwayatkan bahawa beliau tidak pernah melihat Rasulullah Rasulullah saw berpuasa dalam setahun sepenuhnya kecuali bulan Syaaban. Kemudian baginda terus menyambung puasa Ramadan.2. Al-Nasai dari Ummu Salmah berkata: ”Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa dua bulan berturut-turut kecuali bulan Syaaban dan Ramadan.3. Aishah pula meriwayatkan bahawa Rasulullah berpuasa bulan Syaaban kesemuanya.Berkenaan dengan kelebihan Nisfu Syaaban iaitu malam pertengahan bulan Syaaban pula kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Habban dalam kitab al-Sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r.a. bahawa Nabi saw bersabda yang maksudnya: Allah swt melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang menyebarkan fitnah.Dalam hadis yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: ”Allah swt memandang kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah.Hadis-hadis ini menggambarkan kepada kita kelebihan bulan Syaaban yang sungguh istimewa. Ibadat mesti digandakan sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah yang membanyakkan puasa sunat. Hadis tersebut juga menunjukkan bahawa Allah swt sedia memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat...

Ramadhan Tetamu Mulia..........


JIKA seorang teman yang anda kasihi dan menghubungi anda menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda?Tentunya anda gembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut.Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman lakukan?Jika demikian, bagaimana pula jika yang akan datang menjenguk anda bukan sahaja dikasihi oleh diri sendiri, bahkan ia dikasihi oleh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan sekelian orang yang beriman?Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan daripada Allah. Ia adalah bulan Ramadan yang mulia, bulan berpuasa dan bertilawah al-Quran, bulan tahajud dan qiamullail, bulan kesabaran dan ketakwaan, bulan keampunan dan kebebasan daripada api neraka.Padanya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan.Itulah sifatnya tetamu mulia ini, kerana itu amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya, menyambutnya dengan cara terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah daripada kunjungannya dan apabila ia pulang, jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah.Oleh kerana itulah para ulama terdahulu menghargai tetamu ini dan diceritakan bahawa mereka memohon Allah melanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadan sepanjang enam bulan sebelumnya, apabila ia berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdoa agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadan sepanjang beberapa bulan selepas itu.Malangnya, sebahagian umat Islam menyambutnya dengan pelbagai kegiatan yang menyalahi hukum Allah SWT. Ada yang menyambutnya dengan berpesta, nyanyian, tarian dan muzik.Sebahagian lagi menyediakan filem-filem yang menyeronokkan sepanjang malam bulan Ramadan yang dipenuhi dengan adegan yang memenuhi tuntutan nafsu.Ramai yang menyambutnya dengan mengunjungi pasar-pasar, berasak-asak dengan orang ramai untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman; seolah-olah bulan tersebut adalah bulan makan-minum, tidur pada waktu siang, berjaga pada malamnya dengan aneka hiburan.Cara yang dianjurkan oleh Islam secara ringkas adalah sebagaimana berikut:1. Berdoa semoga Allah melanjutkan usia kita dan dapat menyambut bulan Ramadan sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolongan-agar dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya.2. Membersih diri dan bersuci, iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat daripada segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu. Taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa. Bahkan ia memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah s.w.t.3. Menyediakan diri bagi menyambut kedatangan Ramadan dengan menunaikan ibadat puasa sunat pada bulan Syaaban serta amalan kebaikan lain. Ia merupakan bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah s.w.t.4. Antara perkara terpenting ialah mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunah Nabi SAW serta hukum hakam puasa sebelum menghampiri bulan tersebut.5. Agenda seterusnya ialah menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan program yang memenuhi waktu yang amat berharga bagi diri kita, keluarga, rakan-rakan dengan membaca al-Quran, tadarus, qiamullail, menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka, mengerjakan umrah, iktikaf, bersedekah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, dan seterusnya.Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu namanya ‘al-Rayyan’. Orang yang berpuasa masuk syurga melalui pintu itu. Orang lain tidak akan memasukinya. (riwayat Bukhari)Sebagai penutup bicara, marilah sama-sama kita hayati kata-kata ini:“Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa pada bulan Rejab, sehingga menderhakai Tuhannya pada bulan Syaaban, telah datang kepadamu bulan puasa selepas kedua-duanya.Janganlah jadikannya juga bulan kemaksiatan, kerana ia adalah bulan al-Quran dan bulan tasbih.“Berapa ramai orang-orang terdahulu yang kamu kenal telah berpuasa di antara jiran tetangga dan sahabat handai?“Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup. Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal.Ya Allah, sampaikan kami kepada bulan Ramadan, supaya kami dapat menunaikan ibadah puasa dan amalan soleh. Tetapkan pendirian kami di dalam ketaatan kepada-Mu sehingga kami menemui-Mu. Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Menyahut doa-doa kami”.

Tentang Q...

Kelahiran ku...

Q dilahirkan pada tarikh 21 Jun 1990.Sebelum Q dilahirkan, Q sempat tinggal dalam perut Ibu Q selama 8 bulan(rasenye).Selepas dilahirkan pada tarikh tersebut, Q merasa hairan kerana melihat terlalu banyak benda yang pelik.Maklumlah, baru je lahir...(mengarut).Q dilahirkan di tempat yang jauh daripada tempat Q dibesarkan.Pelik tak???hehe...Q dilahirkan di Madinah, Nasr Cairo,Egypt dan di besarkan di tempat kelahiran Haji Abd. Rahman Limbong(sape ntah).Q duk kat Mesir hanya 1 tahun je.So, x dapatlah kecek Arab dengan lancar.Kemudian, Zakba(Zakaria Bin Ahmad) dan Nuranisah Binti Ibrahim menamakan Q sebagai Qatadah Bin Zakaria.Pelikkan nama tu...Tapi, Q bersyukur dengan kurniaan nama para sahabat Nabi tu...Alhamdulillah..

Pendidikan ku...(+pengalaman)

Pendidikan terawal adalah di Taska Darul Iman pada tahun 1995 dan setelah berjaya dengan jayanya dalam peperiksaan di taska tersebut, Q telah melayakkan diri Q ke Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 1 yang terletak di hadapan SHAMS pada tahun 1997.Selepas 6 tahun bersekolah kat sane dan ber"graduate" 3A 2B(koman je), Q dapat tawaran ke SMKA Durian Guling kat Marang.Huih!!sekolah agama tu...Kat sini la, macam2 kerenah yang Q buat kat skol tu.Antaranya, bercintakan seekor monyet(cinta monyet) dan mula menceburkan diri ke arah kejahilan...contohnya,buat date, masuk group HipHop dan lain2 lagi...ish3...jahat betul...tapi, dengan result 5A 4B dan 1C dalam PMR, Q mula berfikir cara untuk menjadikan diri ini menjadi seorang yang berintegriti. Akhirnya, ummi dan abah memilih SMA(Atas) Sultan Zainal Abidin(kat Batu Burok) sebagai destinasi Q untuk mengintegritikan diri ini dan Alhamdulillah...selepas 3 tahun bersekolah di situ, Q dapat merasai perubahan diri Q.Antaranya, buat baik dengan kucing,menjadi seorang yang penyabar bila diminta untuk bersih bilik dan lain2 lagi(mengarut).Lupe nak bagitau,SPM Q dapat:-



A1=4(BM,MT,SN,PQS)

A2=0

B3=4(PSI,SJ,EKO,PA)

B4=1(BAT)

C5=0

C6=1(EN) dan seterusnya.....



Lepas tu, STAM(SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA) plak..ringkasannya, Q dapat pangkat Jayyed Jiddan(pangkat2).Bangga la jugak..

Dengan keputusan STAM tu, Q ditawarkan mengikuti Program Ijazah Muda Pengajian Quran Dan Multimedia dengan kepujian dibawah Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah kat USIM(Universiti Sains Islam Malaysia) dan sekarang tengah bertungkus lumus menyesuaikan diri dengan fenomena yang berlaku..(cultural shock!!!!)Untuk gambaran yang lebih jelas,tengok carta dibawah...




Pengalaman semasa hidup...



Sweet Memories>berjalan dengan selipar baru(mase raye 1998)

>di tuduh oleh seorang gadis sebagai lelaki kacak mase form 2..(don't jealous)

>dapat autograph Ustaz Nazrey Raihan.

>di lema seorang wanita yang perfect bagi Q(mase form4 sehinggalah sekarang)akan diceritakan.(Bersambung....)


Assalamualaikum Wa Rahmatullah...

Alhamdulillah, syukur di atas limpahan ke atas diriku ini yang asyik dikurniakan dengan kesihatan jasmani dan rohani yang baik.Terlalu banyak nikmat yang Q dapat daripada Robbi,namun kesyukuranku amatlah sedikit.Berbekalkan kesihatan yang baik inilah,Q masih bernafas di alam yang sementara ini.Q ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan sahabat2 sekalian dalam membantu Q men"complete"kan blog ini.(muqaddimah???)

Tujuan Q menciptakan blog ini hanyalah untuk menceritakan pengalaman yang terjadi sepanjang hidup Q ini.Takde nak citer gape2 pun.Apapun, terima kasih kerana men"view" blog yang tak seberape ini.Diharap, kehadiran anda dalam blog ini dapat menceriakan lagi blog ini.(mengarut betul)...ahaks..Syukran..
*Q>short name 4 Qatadah..

Nasib Palestin Yang Dirindui...





Kekejaman puak zionis terhadap masyarakat Islam Palestin tidak pernah reda.
Dalam kes terbaru, Israel melancarkan serangan roket yang mengorbankan
sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak berusia
sebulan. Biarpun, dari segi geografinya kita dan Palestin agak jauh namun
sebagai saudara seIslam, kita sewajarnya turut mengambil berat serta
membantu mereka.

Ini sebagaimana firman Allah: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah
bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu dan bertakwalah
kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat“. (al-Hujurat: 10)

Kepada wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HAYAT SUEET, Pengarah
Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor
membincangkan isu ini.

Apakah keadaan terkini umat Islam di Palestin?

DR. HAFIDZI: Sebenarnya situasi di Gaza tidak banyak berubah dalam tempoh satu dua bulan ini. Malah, ia semakin gawat sebenarnya. Cuma kalau kita mahu gambaran sebenar kita tidak boleh bergantung kepada
media antarabangsa Barat. Sebabnya mereka lebih diselubungi isu lain terutama pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS).

Di Malaysia pula, kita juga lebih tertumpu kepada kempen Pilihan Raya Umum ke-12. Saya ada mendapat maklumat terkini daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Azzaituna Institute yang beribu pejabat di Beirut. Pertubuhan ini
menangani isu Palestin dan juga nasib pelarian. Daripada mereka gambaran di Palestin adalah seperti berikut:

Tiada lagi transaksi masuk atau keluar bekalan makanan, kecuali yang sangat asas dan itu pun sangat minimum dan sebahagian besarnya adalah melalui agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Sebagai gambaran, suri rumah di
Semenanjung Gaza hanya membelanjakan 10 peratus daripada perbelanjaan mereka
sebelum ini. Contohnya, kalau sebelum ini suri rumah membelanjakan RM100
seminggu, kini mereka hanya belanja RM10 seminggu.

Israel juga menyekat bekalan klorin yang mana sebelum ini sudah pun berhadapan dengan krisis air. Klorin ini digunakan untuk merawat air minuman kerana ia membunuh bakteria. Apabila Israel sebelum ini menyekat bekalan minyak, telaga-telaga air di Palestin sudah tidak boleh digunakan kerana telaga ini menggunakan pam yang memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi. Dilaporkan kira-kira satu pertiga (1/3) daripada pam tidak berfungsi bermakna 1/3 daripada penduduk Palestin tidak dapat bekalan air bersih.

Dari segi kesihatan, setakat Januari lalu 75 pesakit mati akibat peralatan hospital tidak berfungsi. Alat-alat seperti bantuan pernafasan, mesin hemodialisis dan inkubator semuanya tidak berfungsi kerana ketiadaan bekalan
elektrik.

Penduduk Gaza juga berhadapan dengan serangan roket Israel setiap hari. Disebabkan peralatan hospital banyak yang tidak berfungsi, sudah tentulah mereka yang cedera tidak akan dapat rawatan yang sewajarnya.

Bilangan pengangguran di Palestin kini mencecah 50 peratus setakat Januari lalu. Sebabnya kilang-kilang perusahaan tidak dapat beroperasi. Apabila tidak bekerja, maka sudah tentu tidak dapat menyediakan keperluan asas keluarga.

Situasi ini diburukkan lagi apabila pada 20 Januari lalu, Israel menyekat bekalan minyak. Natijahnya, hampir seluruh Gaza bergelap. Stesen janakuasasedia ada hanya mampu bekalkan elektrik ke 1/3 kawasan Gaza. Selebihnya dibekalkan oleh Israel sebelum ini.

Melihatkan kepada perbuatan zalim dan ganas Israel seolah-olah tiada
berakhirnya penderitaan rakyat Palestin. Jadi apakah penyelesaian dalam hal
ini?

DR. HAFIDZI: Kita perlu kembali kepada asas isu. Siapakah yang menceroboh,
lakukan penjajahan dan melanggar hak asasi manusia. Jawapannya, tidak syak
lagi yang berada di pihak yang salah ialah Israel.
Jadi, kalau nak selesai Israel kena berundur dari wilayah yang ditaklukinya
iaitu Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitul Maqdis Timur. Memang ini pun
Resolusi 242 yang dibuat di PBB pada 1967.
Pada tahun 2005, Israel berundur dari Gaza dan memindahkan semua pendatang
haram Israel. Namun, pada masa yang sama, rejim zionis itu melakukan sekatan
udara, laut dan darat. Dengan kata lain, Gaza masih terus terjajah.
Apabila isu ini tidak mendapat pembelaan masyarakat antarabangsa, sudah
tentulah rakyat Palestin perlu membela diri sendiri. Ini adalah tindakan
semula jadi manusia.

Para pejuang Palestin menyerang sebab mahu mempertahankan diri dan
melepaskan daripada kepungan.

Bagaimanapun, media antarabangsa Barat pula sering melabelkan serangan itu
sebagai kumpulan pengganas. Apakah kesannya dalam jangka panjang?

DR. HAFIDZI: Kadang-kadang media Barat dan masyarakat antarabangsa tidak
adil menilai situasi di Gaza. Mereka lebih banyak menguar-uarkan serangan
oleh pejuang Palestin tetapi tidak kaitkan langsung serangan Israel ke atas
penduduk Palestin.
Apalah sangat kesan serangan pejuang Palestin yang hanya guna roket buatan
sendiri berbanding Israel yang menggunakan segala kekuatan tentera baik
kereta kebal, serangan udara dan juga meriam.

Roket pejuang Palestin ini jarang mengenai sasaran dan boleh dibilang rakyat
Israel yang cedera atau terkorban disebabkannya. Dalam tempoh dua tahun ini,
tidak sampai 10 rakyat Israel yang terbunuh.
Walhal setiap kali serangan Israel membunuh 10 ke 20 penduduk Palestin.
Malah, kanak-kanak kecil dan wanita kerap menjadi mangsa kekejaman zionis.
Apa pula tindakan negara-negara Arab dalam hal ini?

DR. HAFIDZI: Saya suka membahagikan isu ini kepada dua iaitu pemimpin Arab
dan masyarakat Arab.
Rakyat Arab memang amat prihatin terhadap apa yang berlaku di Gaza. Antara
sebab ia masih bertahan sehingga kini ialah bantuan daripada masyarakat Arab
dan saudara yang berdekatan.
Sebagai contoh, apabila Israel menyekat bekalan ubat-ubatan, Persatuan
Doktor di Mesir mengumpulkan 5 juta pound membeli bekalan ubat-ubatan untuk
dihantar ke Gaza.
Pergerakan Ikhwan Muslimin pula bersetuju mengetepikan 25 peratus pendapatan
mereka untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.
Cuma masalahnya ialah para pemimpin Arab. Untuk menyelesaikan isu serantau
begini ia perlukan campur tangan rasmi kerajaan. Dan di sinilah para
pemimpin Arab gagal.
Sebabnya, pemimpin yang ada itu tunduk kepada kehendak dasar luar AS atas
kepentingan peribadi atau politik. Negara-negara Arab kini setidak-tidaknya
sudah ada hubungan dagang dengan Israel menyebabkan mereka tidak bersungguh
dalam isu Palestin.
Mereka lebih pentingkan hubungan dagang itu dan bimbang jika cuba ‘khianati’
syarat damai sebelum ini, mereka mungkin dikenakan tindakan oleh AS.
Contohnya, apabila Tembok Rafah diletupkan oleh rakyat Palestin untuk
mendapatkan bekalan makanan di Mesir, ia ditutup semula atas desakan Israel.
Alasan Israel, supaya Palestin tidak diceroboh oleh kumpulan pengganas.
Kerajaan Mesir nampaknya tunduk kepada Israel mengatasi tanggungjawabnya
kepada penduduk Gaza.

Apakah nasib perjanjian damai yang kononnya mahu dimuktamadkan sebelum
Presiden Bush tamatkan penggalnya tahun 2009?

DR. HAFIDZI: Memang Bush sudah beberapa kali cuba mencari jalan damai dalam
isu ini. Bukan beliau sahaja, malah ia dilakukan oleh semua presiden AS
sebelum ini. Mereka cuba mencipta nama dengan wujudkan usaha damai di Asia
Barat tetapi semuanya gagal.
Sebab utama kegagalan ialah Israel sendiri yang tidak bersungguh-sungguh
sejak tahun 1948 lagi. Hamas yang muncul pada 1987 hanya dijadikan alasan
untuk tidak mahu berdamai. Apa yang mereka mahukan ialah penjajahan yang
berkekalan.

Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia dalam isu ini?

DR. HAFIDZI: Kita berada dalam kedudukan yang baik untuk membantu sebagai
Pengerusi Persidangan Negara-negara Islam (OIC).
Sewajarnya, usaha menjuarai isu ini di peringkat antarabangsa sehingga ke
PBB dilakukan. Ruang ini belum kita terokai dengan baik.
Kita masih ada ruang menghulurkan pelbagai bantuan. Beberapa NGO seperti
Aman Palestin, Jamaah Islah Malaysia dan PACE adalah antara yang aktif
menggerakkan kesedaran masyarakat dalam isu ini.
Media juga diharap membantu mengetengahkan isu ini untuk elak rakyat
beranggapan isu ini dah reda. Hakikatnya, keadaan makin tenat.
Kita sememangnya telah, sedang dan akan bantu Palestin. Yang penting jangan
putus asa.

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w, Seorang Muslim itu adalah
bersaudara dengan muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayanya dan tidak
boleh menyerahkannya (kepada musuhnya). (Muttafak alaihi)

Sumber: Utusan Malaysia 7/3/2008

Imam Syafi'e

Nama dan Nasab
Abu Abdillah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Safi'I dan bertemu nasabnya dengan nabi Muhammad dengan Abdul Manaf

Kelahiran
Lahir pada tahun 150 H di Ghozah dan ibunya membawa beliau ke Mekkah setelah beliau berusia 2 tahun dan dari ibunya tersebut beliau belajar al qur'an

Guru-guru

Diantara guru-guru beliau adalah paman beliau sendiri Muhammad bin Ali kemudian abdul Aziz bin Majisun dan kepada imam Malik beliau belajar Al Muwatho'

Kehidupan ilmiah

Pada usia 10 tahun beliau belajar bahasa dan syair hingga mantab. Kemudian belajar fiqih , hadis dan al qur'an kepada ismail bin qostantin, kemudian menghafal muwatho' dan mengujikannya kepada imam Malik. Imam Muslim bin Kholid mengijinkan beliau berfatwa ketika beliau berusia 10 tahun atau kurang. Menulis dari Muhammad bin Hasan ilmu fiqih. Imam Malik melihat kekuatan dan kecerdasan beliau sehingga memuliakan dan menjadikan Syafi'i sebagai orang dekatnya

Murid-murid

Diantara murid beliau adalah imam Ahmad, Khumaidi, Abu Ubaid, Al Buthi, Abu Staur dan masih banyak yang lain.

Peranan dalam membela sunnah
Beliau memeliki kedudukan tersendiri yang membedakan diantara ahlul hadis yang lain. Beliaulah yang meletakkan kaidah-kaidah riwayat pembelaan terhadap sunnah dan memiliki beberapa pendapat yang berbeda dengan imam Malik dan Abu Hanifah, yaitu bahwa sebuah hadis apabila sahih maka wajib mengamalkannya walaupun tidak dilakukan oleh ahlul madinah (seperti yang disyararatkan oleh imam Malik dan Abu Hanifah). Dengan ini beliau dijuluki nasirussunnah (penolong sunnah) dan tidaklah dapat diingkari oleh setiap yang menulis mustholah hadis dan pembahasan sunnah serta kitab ussul bahwa mereka mengikuti apa yang ditulis oleh safi'i.

Pokok pendapat beliau

Pokok pendapat beliau sebagaimana pendapat imam yang lain adalah beramal dengan kitab dan sunnah serta ijma'. Kelebihan beliau adalah beramal dengan kitab dan sunnah seta ijma' lebih luas dari pada imam Malik dan Abu Hanifah karena beliau menerima hadis ahad

Perkataan ulama' tentang beliau

Para ulama' ahlul hadis dijaman ini apabila berkata maka mereka berkata menggunakan perkataan imam Syafi'i. Imam Ahmad berkata, 'tidaklah ada orang yang menyentuh pena dan tinta kecuali Syafi'i. Dan tidaklah kita mengetahui sesuatu yang global dari tafsir dan nasih mansuh dari hadis kecuali setelah duduk bersama imam Syafi'i."
Ahmad bin hambal pernah berkata pada ishaq bin rokhuyah "kemarilah aku tunjukkan kepadamu seorang laki-laki yang engkau belum pernah melihat yang semisalnya maka dia membawaku kepada imam syafi'i."

Perkataan imam syafi'i

1. tidaklah saya berdebat dengan seseorang kecuali agar ia tepat , benar dan tertolong dan ia mendaptkan penjagaan serta pengawasan Allah dan tidaklah saya berdebat dengan seseorang kecuali saya tidak perduli apakah Allah akan menjelaskan kebenaran dari mulutju atau mulut dia.
2. amalan yang paling hebat ialah dermawan dalam kondisi sempit, menjaga diri ketika sendirian dan mengucapkan kalimat yang benar dihadan orang yang berharap dan yang takut
3. bantulah dalam berkata dengan diam dan mengambil hukum dengan berfikir
4. barang siapa belajar al qur'an maka ia akan agung dipandangan manusia, barang siapa yang belajar hadis akan kuat hujjahnya , barang siapa yang belajar nahwu maka dia akan dicari, barang siapa yang belajar bahasa arab akan lembut tabiatnya, barang siapa yang belajar ilmu hitung akan banyak fikirannya, barang siapa belajar fiqih akan tinggi keddukannya, barang siapa yang tidak mampu menahan dirinya maka tidak bermanfaat ilmunya dan inti dari itu semua adalah taqwa.

Wafat beliau

Wafat pada tahun 204 H. setelah memenuhi dunia dengan ilmu dan ijtihad beliau dan memenuhi hati-hati manusia dengan cinta pengagungan dan kecondongan paada beliau.

AL-KHULASOH : Kenalilah asal-usul imam mazhab kita,insyaallah akan membawa kita kepada pengenalan mazhab yang dikagumi ini.

isLamiCarMy Search...

About this blog

Sebuah blog yang menceritakan suka duka yang dilalui seorang pejuang(the ethereal army) dalam melaksanakan misinya sebagai seorang khalifah di muka bumi ini...

About isLamiCarMy...

My photo
Dilahirkan untuk menghancurkannya...

isLamiCarMy Followers...

Powered By Blogger